19 November 2010

Batu Terapung di Masjid Al-Aqsa tidak lagi terapung

Assalamualaikum .

Tersebut suatu sirah tentang Mikraj-nya Rasulullah S.A.W ke Sidratul Muntaha adalah di Masjidil Aqsa . Tetapi secara terperincinya , tempat Rasulullah S.A.W di Mikrajkan adalah di suatu tempat di Masjidil Aqsa yg diberi nama Qubbatul Mikraj a.k.a Kubah Tempat Dimikrajkan .


Ada spekulasi mengatakan Qubbatul Mikraj adalah sebuah batu yang sangat besar dimana tempat Nabi S.A.W naik keatas Buraq (kenderaan baginda ke Sidratul Muntaha) . Dan , batu itu terapung di atas kekuasaan dan kehendak yang Maha Esa .

Namun , hari ini , batu itu seakan tidak lagi terapung kerana dilihat di sokong oleh konkrit yang kukuh di bawahnya . Menurut imam besar Majid Al-Aqsa , kebanyakan pembesar2 zaman ini takut akan keadaan batu itu yang berkemungkinan boleh terhempap pada bila-bila masa . Oleh itu , pihak masjid mengambil kira keselamatan pengunjung-pengunjung dengan meletakkan konkrit tersebut menyebabkan batu itu tidak lagi kelihatan terapung .

Boleh dilihat dengan jelas konkrit yang menyokong batu tersebut

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...