12 November 2010

Cara2 Meng 'kalis' kan diri anda dari pelbagai masalaah masa kini

Assalamualaikum .

Marcapada ini banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam dunia ,
sepertinya : pencurian , penipuan , rogol , pembuangan anak , dan tak terkecuali penyakit-penyakit merbahaya yang dilanda global masa kini seperti HIV , AIDS , selsema burung ( kalau ada lagi lah , haha) , Denggi , dan sesungguhnya banyak lagi .


Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah seperti ini .. Namun , tidak ramai yang tahu atau masih ingat tentang pencegah yang paling mujarab yang telah digunakan semenjak zaman Rasulullah lagi .

Ianya adalah Solat . ya ! anda tidak silap baca . SOLAT . Sembahyang laa bak kate mereka-mereka di Malaysia nii..

Allah S.W.T ada berfirman : ''Sesungguhnya sembahyang itu mencegah fahsya' dan mungkar''. (Al - Ankabut 29:45)

Telah diwajibkan pertolongan ini daripada Allah S.W.T semenjak Nabi Muhammad S.A.W di Mikraj kan ke Sidratul Muntaha untuk mendapat perintah solat 5 kali sehari as you know it . Al-Quran adalah senaskhah kitab mengandungi ayat-ayat dari Allah S.W.T  sendiri untuk rujukan umat manusia sepanjang zaman . Al - Quran tidak berbohong . Terdapat banyak bukti-bukti sahih sama ada dari segi saintifik , biologi  , geometri , dan matematik tentang kebenaran ayat-ayat Allah S.W.T ditunjukkan pada manusia di zaman ini . oleh itu , firman Allah S.W.T tentang mujarabnya solat ini sebagai pencegah penyakit tak dapat dipertikaikan .

Setiap manusia itu juga tidak akan terlepas daripada ditimpa musibah dan janganlah anda berputus asa jika ditimpa azab ujian daripada Illahi .

Firman Allah lagi : (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring mengiring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata) : "Ya Tuhan kami , tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari siksa neraka . (Ali-Imran : 191)


Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia . ianya tertulis di dalam ayat-ayatnya sendiri di dalam Al - Quran (3:191) . maka tidak lah di jadikan rukun solat (yang 13 tu) atau perkara2 lain yang diperintahkkannya sia-sia semata. para saintis membuktikan pada ketika kita sujud , darah mengalir terus ke otak , dan membolehkan otak itu berfungsi dengan baik . ketika demam selsema babi (H1N1) melanda . para doktor menekankan masalah kebersihan untuk mencegah  penyakit itu . di antaranya ialah selalu membersihkan tangan kita . Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia . bukankah ketika mengambil Wuduk kita perlu membasuh tangan ? . Maha Suci Allah yang melindungi hambanya daripada azab dunia dan akhirat . pengharaman daging babi juga berperanan penting . Faktor utama wabak H1N1 adalah berpunca daripada kuman yang dibawa daging babi yang selama ini orang kafir menyangka kuman itu akan mati ketika direbus/dipaggang etc. . Maha Suci Allah yang melindungi hambanya daripada azab dunia dan akhirat . 


Sabda Nabi S.A.W : ''Seorang penzina tidak akan berzina, sedangkan dia dalam keadaan mukmin, seseorang itu tidak akan meminum arak sedangkan dia dalam keadaan mukmin dan seorang pencuri juga tidak akan mencuri sedangkan dia dalam keadaan mukmin.” – (Riwayat Bukhari)

Jelas , melalui sabda baginda , jika seseorang itu dalam keadaan mukmin atau seseorang itu beriman , dia tidak akan melakukan dosa (zina , maksiat etc) di muka bumi ini . seseorang itu akan beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T sekiranya beliau mendirikan solat . So , sekali lagi , melalui solat korang akan terpelihara daripada melakukan dosa di muka bumi ini . Maha Suci Allah yang melindungi hambanya daripada azab dunia dan akhirat . 


Dan ingat ni , jika anda menerima azab daripada Allah S.W.T , sesungguhnya dia suka menguji hambanya untuk menguji betapa teguhnya iman seseorang itu . Dan kalau korang tak dapat terime perkataan 'sedang diuji Allah' , cube ingat ini: Allah S.W.T ingin menambah pahala anda . Bagaimana ? Bukankah sabar itu suatu yang mendatangkan pahala ?


'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah fahsya' dan mungkar''

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...