06 November 2010

satu cerita utk dikongsi , seorang pemimpin utk dicontohi

Assalamualaikum

kisah ini berlaku di tanah arab..
diriwayatkan ada seorang pemimpin islam yg sangat tegas dan bijak ,
suatu malam,,ketika beliau meronda2 di kotanya beliau ternampak seorang ibu merebus batu dengan harapan anaknya akan terlelap semasa menunggu 'masakan' itu siap , dan lapar mereka dilupakan seketika . Si pemimpin ini tadi sangat sebak melihat kejadian itu , lalu beliau kembali ke kediamannya dan mengambil se guni makanan dan dipikul di atas bahunya untuk disedekahkan untuk keluarga itu tadi . Seorang pemuda menawarkan bantuannya . Namun beliau menolak dengan berkata bahawa beliau sanggup memikul beban guni yang berat itu kerana beliau lebih takut akan beban Hisab Allah yang akan mempersoalkan kepimpinan beliau , kelak .


Pemimpin yang dimaksudkan ialah Umar Al Khattab R.A semasa pemerintahannya sebagai Khalifah ke dua Islam menggantikan Abu Bakar As-Siddiq . Walaupun digeruni musuh , dan tegasnya pendirian beliau , beliau lebih takut akan azab Allah SWT . Walaupun beliau telah dijamin tempat di syurga oleh Baginda sendiri . Jauh lebih berbeza daripada Kebanyakan pemimpin di zaman ini .

Begitu juga kita , melakukan dosa tanpa memikirkan azab dan siksanya yang maha dahsyat .

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...