24 December 2010

3 Perenggan Untuk Perjalanan 12 Jam

Assalamualaikum .
Okay , Muhammad Izzul Amir , cukup-cukuplah dengan post-post merepek kau tu untuk harini . Esok sambung . Once upon a time , (padehal rabu lepas) , saya dengan alien (jangan anda salah anggap , saya tak ada langsung hubungan dengan makhluk besar kepala dari Planet Ikutfuhgy tu , alien ni nama manje kawan saya sahaja) keluar untuk menghabiskan masa , tenaga , wang , minyak petrol , peluh blablabla untuk keluar menonton wayang .Saya bergerak dari rumah jam 12 tengah hari . Untuk makluman , kami tengok cerita Harry Potter sebab kami minat sangat dengan cerita itu . Haktuih ! padehal memang dah takde cerita lain dah nak tengok , cerita Melayu adela tapi taknak kalah nak cerite omputih jugak . Semasa nak bayar tiket tu , makhluk yang juga berkepala besar ini tadi meminta belas kasihan saya untuk tolong membayar duit tiket beliau dahulu kerana beliau takde duit pecah . Jadi , dengan berbekalkan muke sedih , bayar lah jugak untuk beliau dahulu .





Masa dan time pada ketika itu menunjukkan jam 2 lebih . Tengok semula tiket wayang saya kami , tayangan bermula jam 4.45 petang . Ohmaigodd--" 2 jam lebih lagi , ape nak buad . Maka , kepala saya mula memukau saya untuk melakukan hobi saya pada ketika itu . Otak telahpun berjaya memukau saya , hanya tinggal beliau untuk saya pukau . "weh , jom makan ?" . ya ! itulah hobi saya ! . Jangan anda terkejut kerana mengikut saiz badan saya menunjukkan seolah-olah saya memang tak makan sebulan . Saya juga hairan mengapa . Kendian beliau menjawab ,
"makan ape?"
"Mekdi (McD) ? , haa tadi aku dah belanja kau tiket , kau belaja aku pelahap beger tu pulak , okay ?"
"Boleh~"
Okay , dikala itu , terpaut rasa kasih sayang terhadap beliau kerana sanggup belanja saya Mcd . Macam tak percaya pun ada . Tapi dah dijawabnya dengan perkataan keramat beliau iaitu "boleh" , lebih baik diam sebelum beliau mengubah fikiran padehal dalam hati tanak kalah dok puji dia tak henti sampai habih makan . Semasa menonton wayang , apa yang ditonton bukanlah wayang tetapi jam . Anda tak salah eja , memang ejaannya jam . Sebab apa ? sebab cerita tu dok pusing-pusing bagi habis masa 3 jam padehal nak bagitau 1 2 benda jee . However worth laa jugak lapan belas ringgit RM 9 duit tiket tu , best lah jugak .

Semasa di dalam wayang , boleh kira , 4 kali mak dok kol aku sebab tak caya cerita tu tak habis-habis lagi . Arahan beliau (my mum) "haa , tunggulah kat situ nanti nak tengok wayang kat situ jugak"
Sungguh , terharu aku dengar , tak tipu .
Tapi last-last tengok di tempat lain jugak . kali ni , taknak kalah , cite omputeh jugak , cerita The Chronicles Of Narnia : Voyage Of The Dawn Treader . Cerita ni berapa jam saya tak ingat sebab kali ni betul-betul tonton wayang dan bukan jam . Sebab ? cerita tu memang best dengan jalan cerita yang mudah difahami , aksi yang mantap dan lawak matang dan bukan lawak bodoh macam kebanyakan cerita tempatan yang memang cool .
Saya mula melihat semula jam setelah sampai ke rumah . Tepat jam 12 malam .




Cool kan poster nie ?

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...