23 December 2010

All You Need Is Yourself



Assalamualaikum .

Pernah tak anda terasa dengan percakapan orang-orang sekeliling anda yang membuatkan anda rasa macam ada benar kata mereka ? Pernah tak anda terkena kutukan berbaur negatif yang membuat anda rasa betul-betul down , muram , sedih dll ? lantas mengganggu kualiti kerja anda ataupun mengganggu mood seharian anda ?

Percaya atau tidak , semua perasaan , mood dan fikiran negatif yag mengganggu anda itu adalah bukan datang dari kutukan orang-orang tersebut tetapi datangnya dari anda sendiri .

" Sesungguhnya manusia itu sebaik-baik kejadian " (At-Tin : 4)

Percaya pada diri anda , itu yang anda perlu . Dalam ayat di atas , Allah S.W.T sendiri mengaku bahawa manusia itu sendiri adalah sebaik-baik kejadian . tak ada kejadian lain yang lebih mulia dari manusia . Ada manusia berangan-angan mahu jadi malaikat , hantu , ada yang mahu jadi matahari , gunung , awan , angin dll . Mengapa mahu jadi mereka sedangkan sang pencipta itu sendiri mengakui manusia adalah kejadian paling mulia pernah diciptakannya . Terciptanya kejadian lain seperti di atas adalah tidak lain dan tidak bukan untuk berkhidmat kepada manusia diatas perintahNya .

Jika anda terkena kutukan berbaur negatif seperti ini tadi , anda hanya perlu 'set' kan minda anda dengan perkataan : '' ITU BUKAN AKU ! ''
anda tidak perlu dengar dan percaya kata-kata negatif yang indah dari mulut manusia yang dengki ini tadi .
Anda adalah yang terbaik . Setiap mausia takkan dijadikan dengan sia-sia .

Jika anda pernah gagal dalam sesuatu perkara , ingat : '' Takkan tercapai kejayaan/kecemerlangan tanpa kegagalan yang akan dihadapi dahulu ''
Setiap yang berjaya akan merasai kegagalan terlebih dahulu . Bangkitlah dari kegagalan tersebut , belajar dari kesilapan anda  , hasilkan sesuatu yang terbaik dari anda .

Anda hanya perlu percaya pada diri anda dan bukan termakan kutukan negatif dari orang sekeliling anda .
Yakin dengan diri anda .
Anda adalah yang terbaik ! ;]
kan ?

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...