23 December 2010

Kisah Seorang Doktor Yang Memeluk Islam Kerana Mumia


Assalamualaikum .
Pernah korang dengar nama Prof. Dr. Yahya Maurice Bucaille ? sure tak pernah kan ?
Menurut Wikipedia , Dr. Maurice Bucaille adalah seorang Speciallist di dalam bidang Gastroentorologi yang dilahirkan di Pont-L'Eveque , Perancis pada 19 Julai 1920 . Beliau sangat terkenal dan khidmatnya sentiasa digunakan untuk kerabat diraja dan para pemimpin dunia . Beliau adalah salah seorang ahli French Society of Egyptology dah juga seorang penulis .


Pada tahun 1975 , beliau ditugaskan untuk membedah dan menyiasat tentang misteri kematian Firaun Ramses II .Beliau sangat terkejut apabila mendapati sisa-sisa garam masih terlekat pada jasad mumia itu . Dimana membuktikan mumia itu mati akibat tenggelam di dalam laut (ketika mengejar Nabi Musa) . ini membuktikan mayat Ramses II dikeluarkan dari laut untuk di awet menjadi Mumia . Namun , beliau berasa hairan tentang bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan elok berbanding dengan jasad-jasad yang telah tenggelam dan dikeluarkan daripada laut ?

Akhirnya beliau menyiapkan laporan akhir yang baginya , kaedah pengawetan Firaun yang diselamatkan dari laut itu adalah penemuan baru . Dan beliau meyakini bahawa Firaun itu mati akibat lemas . Laporan itu bertajuk : Les Momies des Pharaons et la M├ędecine . (Mumia Firaun : Penyelidikan Perubatan Moden) dan beliau dianugerahkan penghargaan tertinggi kerajaan Perancis iaitu : Penghargaan Dalam Bidang Sejarah oleh Academie Frantaise .


Namun ,seorang rakan sempat menyapanya , ' Jangan anda terkejut , penemuan ini bukan penemuan yang baru kerana umat Islam sudah mengetahui tentang mayat Firaun itu telah diselamatkan untuk di awet '


Namun , beliau berkata bahawa ianya mustahil kerana untuk membongkar sebuah misteri lama , ianya memerlukan teknologi moden yang canggih .


Beliau menjadi serba salah apabila megetahui bahawa umat Islam telahpun diriwayatkan tentang kisah Firaun yang mati lemas ketika mengejar Nabi Musa dan mayatnya deselamatkan untuk diawet . Kerana , hanya kitab Al-Quran sahaja yang menyebut bahawa mayat itu diselamatkan sedangkan kitab-kitab lain seperti Injil (Bible) hanya menyebut ditenggelamkan sahaja . Beliau juga terkejut bahawa kitab injil tidak menyebut langsug tentang hal ini (mayat itu diselamatkan) .


Beliau menjadi semakin bingung memikirkan adakan benar Firaun ini yang mengejar Nabi Musa dan ditenggelamkan di dalam laut lalu diselamatkan untuk diawet ? kerana menurut kitab Injil , kisah itu hanya menyebut Firaun itu ditenggelamkan sahaja .
Bagaimana perkara seperti itu diketahui umat Islam sejak ribuan tahun setelah turunnya Al-Quran sedangkan mumia itu ditemui sekitar tahun 1898 dan kejadian itu terjadi sebelum turunnya Al-Quran lagi .


Untuk mendapatkan kepastian , beliau mengadakan perjumpaan dengan para ilmuwan Islam tentang sejarah Nabi Musa . Salah seorang daripada mereka membacakan ayat dari surah Yunus , ayat 92 yang bermaksud :


" Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi pengajaran bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami " (Yunus : 92)


Mendegar ayat itu , Professor Dr. Maurice Bucaille terus memeluk Islam . 


Sekembalinya beliau ke Perancis , beliau terus mendalami ilmu Al-Quran dan menulis sebuah buku yang mengejutkan seluruh dunia pada tahun 1976 yang bertajuk : La Bible, Le Coran Et La Science ( Injil , Quran dan Sains : Risalah Suci Yang Diperiksa Dengan Pengetahuan Moden )


Melalui buku ini , Prof. Dr. Yahya Maurice Bucaille menegaskan bahawa Al-Quran tidak mengandungi kenyataan yang bertentangan dengan fakta sains sementara kitab Injil milik orang Kristian tidak .Beliau menegaskan lagi , di dalam Islam , ' sains dan agama adalah seperti saudara kembar ' . Menurutnya lagi , terdapat banyak kesalahan dari segi saintifik di dalam Injil sementara kitab Al-Quran tidak mengandungi sedikitpun kesalahan .
" keterangan mengenai fenomena alam di dalam Al-Quran membuatnya berpadanan dengan sains moden " tambahnya lagi .


Kesimpulan daripada  beliau : Al-Quran benar-benar adalah Kalamullah



0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...