21 December 2010

Nyatakan Kesalahan Anda

Assalamualaikum .

Boleh tak , anda nyatakan , antara kesalahan yang pernah anda lakukan , dan anda berjaya sembunyikannya ? dan kesalahan itu mestilah menyebabkan orang lain merana .


Mungkin anda pernah curi handphone kawan anda ? tidak , anda tak dapat sembunyikannya , lama kelamaan , anda akan kantoi jugaa

Mungkin anda pernah mencuri ? mungkin tidak juga , jika ada bahan bukti , anda dah pun kantoi

Berbohong ? jikalau mereka mendapat tahu kebenaran , anda sekali lagi kantoi .

Mungkin anda pernah membuat panggilan palsu ? oh semestinya tidak , sistem polis di negara kita sangat efisien !

Mungkin anda pernah melanggar lampu isyarat ? hmm sesetengah lampu isyarat di Malaysia terdapat Kamera bukan ? bahkan dini hari kerajaan ada memasang CCTV lagi di kebanyakan jalan raya . jadi , sudah tentu anda tak dapat sembunyikannya .

Jadi , apa antara kesalahan anda yang anda berjaya sembunyikan sementara orang lain merana kerana kesalahan anda ini ?

percaya atau tidak , anda pernah melakukannya , semua orang juga .
nak tahu apa dia ?

KENTUT .

Astaghfirullahalazim...
Jangan lah menipu , sementara orang lain merana kerana terhidu gas-gas yang keluar dari corong anda itu , tolonglah jangan buat dek jee...tolonglah mengaku..senang nak hukum nanti...

Ataupun , tolong 'inform' awal-awal bahawa gas anda itu nak dilepaskan supaya orang awam yang tidak bersalah dapat membuat persiapan awal .

Tolong Mengaku ,
Sesungguhnya menipu itu adalah berdosa

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...