19 January 2011

Baju Kurung Jarang dan Firman Allah S.W.T



Assalamualaikum .
"Di antara penghuni neraka adalah wanita seperti yang berpakaian namun telanjang,
menggoda, dan digoda. Ini tidak akan masuk syurga, (bahkan)tidak akan terhidu bau syurga oleh mereka."



Rasanya mungkin adalah hadis Nabi S.A.W . Wallahualam . ana tak sure.


Dah macam trend zaman sekarang ini . Perempuan pakai baju kurung atau kebaya tetapi kainnya jarang-jarang yang menampakkan bahagian dalamnya . aku mengaku , memang cantik , memang ayu , memang padan . Sungguh terpesona.
Tapi lain jadinya kalau tidak dipakai dengan cara yang betul .





FYI ,saya lelaki dan ini bermakna saya bukan perempuan . So saya taktahu bagaimana pemikiran perempuan

Firman Allah S.W.T lagi :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)


Mendengarkan ayat di atas , saya rasa kalau saya seorang perempuan , saya akan menurut perintah Yang Maha Esa itu . Tuntutan memakai tudung atau menutup aurat adalah WAJIB dan bukannya ikut perasaan .
"alah , aku tak pakai tudung pon , aku bukan jahat , aku tetap sembahyang , ramai yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat" < satu statement yang sangat salah sebenarnya . Tuntutan menutup aurat adalah WAJIB . Ini bermakna sama ada anda baik , jahat , separa baik mahupun separa jahat sekalipun , menutup aurat adalah suatu kemestian . Soal baik atau jahat itu urusan individu dengan Allah di akhirat kelak.
Dan jika anda baca ayat itu dengan betul-betul , Allah S.W.T memerintahkan hambanya untuk MELABUHKAN pakaiannya dan bukannya hanya menutup aurat sahaja . Keadaan ini banyak dilihat di Malaysia sendiri dimana kebanyakan wanita menutup auratnya tetapi lenggok tubuhnya tetap jelas kelihatan . contoh trend LEGGINGS


(takde gambar legging)










"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kami, kecuali apa yang terzahir." ( An-Nur : 31 )"

Cuba tengok perempuan di atas , mungkin kebanyakan wanita memikirkan memakai tudung itu adalah sebagai satu fesyen dan mungkin tidak tahu langsung tentang kewajipan menutup aurat itu . 
Beliau memakai tudung , tetapi nampak jugak auratnya . Jadi apa gunanya memakai tudung ?
Allah S.W.T memerintahkan kaum hawa untuk menutup aurat dan bukan hanya memakai tudung sahaja tetapi aurat di bahagian lain terdedah . Ini lah jadinya kalau kurang pendidikan agama . Tuntutan menutup aurat adalah WAJIB dan sepatutnya hipokrit bukan adalah salah satu sebab mengapa tuntutan menutup aurat diabaikan . macam do or die.





Fesyen sebegini lah yang aku maksudkan untuk post ini sebenornyer . Jangan tengok lama-lama kerana ianya adalah dosa .
Trend zaman sekarang , berkainkan jarang sehingga menampakkan bahagian dalamnya . Tidak salah sebenarnya memakai pakaian sebegini as long as aurat terjaga dan tidak terdedah .
Pakaian tradisional kaum Melayu sesungguhnya sangat cantik dan ayu jika memakainya . walau hingga dini hari , masih terserlah keayuannya . Tetapi penciptaan pakaian tradisional ini tadi sebenarnya memenuhi tuntutan agama dari kesemua aspek . Namun peredaran zaman menyebabkannya bertukar langsung tidak memenuhi tuntutan agama jika tidak dipakai dengan betul .

Dan secara logiknya , kebanyakan mangsa rogol di Malaysia adalah berpunca dari wanita itu sendiri . Cuba anda bayangkan anda lelaki , anda terlihat seorang perempuan yang cantik tetapi menggunakan kecantikan itu untuk ditunjukkan kepada orang lain (di mana di dalam Islam ,perkara ini adalah dilarang) dan membangkitkan nafsu anda dan kes rogol boleh terjadi . Kita semua tahu nafsu lelaki memang susah nak kawal (bukan semua lelaki) . tetapi kalau si hawa ini tadi yang membangkitkan nafsu anda tadi , siapa yang salah sebenarnya ?
Oleh kerana wanita yang membuat dosa terlebih dahulu , sang lelaki turut berdosa .


Siapa kata tidak memakai baju yang jarang-jarang tidak cantik ? cuba tengok wanita di atas .
Sangat ayu bukan ?
^_^

Cuba tengok yang #4

1 comments:

bla..blaa..blaa.. eDda said...

thumbs up...!! like sgt2 info nieh.. keep it up oke... :D

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...