02 January 2011

Pelakon FaizalYusof meniggal dunia (Al-Fatihah)

Assalamualaikum .
Anda kenal Faizal Yusof ? Salah seorang pelakon dalam cerita Adamaya yang berlakon sebagai ex-boyfriend kepada Lisa Surihani itu .
Beliau (Faizal) dilaporkan meninggal dunia dalam jam kira-kira pukul 1.45 semalam . Al-Fatihah .

Punca Kematian dipercayai daripada serangan jantung . Menurut isteri beliau , dia rebah didalam bilir air rumahnya kira-kira jam 10 pagi . Beliau kemudian dibawa ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) untuk mendapatkan rawatan . Doktor mengesahkan salah satu saluran pada jantungnya tersumbat ketika beliau berada di dalam ICU .

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir , beliau sempat menelefon bekas isteri , penyanyi Siti Nordiana , kerana ingin bertamu dengan anaknya , Muhammad Rayyan ,2 . Nana sempat membawa anaknya untuk berjumpa dengal Faizal ketika di dalam Perawi .

Jenazah beliau dijadualkan untuk dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda , Batu Caves .

Kepadanyalah dia datang kepadanyalah juga kita kembali , moga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman . Wallahualam

Al-Fatihah

1 comments:

armouris said...

takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...