21 January 2011

Pembinaan LEGO paling WOW !!



Assalamualaikum .
ter'taip'nya post kali ini adalah sebab teringat zaman kanak-kanak ribena dulu , suke suruk ayah mak beli lego , last-last . bersepah sebab taktau nak buat ape kan..
tapi taksangke pulak , dengan lego yang aku ingat bodoh-bodoh tu boleh cipta macam-macam .
nak tau cipta apa ?
jom tengok ^^



Pokok Krismas


Ingat LEGO ni ringan ? pokok krismam ni sahaje seberat 6 tan ! 30 kaki tinggi yang dibina di CentrO shopping center di Oberhausen , German . Dicipta dari 245 000 bricks  LEGO .

Poster Star Wars


Well , actually LEGO ade mengeluarkan mini-brand  special untuk filem STAR WARS . Actually ini bukan poster , tetapi lebih kepada mosaik . Dan adalah antara mosaik LEGO yang terbesar di dunia . Memerlukan blok LEGO sebanyak 384 000 . Agak agak kalau beli berapa nak jual ek ?

The White House

Menurut sumber , presiden Obama mesti terasa kerdil jee . hahaha
eh tapi taknampak macam LEGO pon kann ? berapa jumlah bricks tak diberitahu --"

Taj Mahal

Dengan menggunakan 5 922 buah LEGO , anda dapat membina Taj Mahal . Tak payah susah susah nak bina macam Shah Jehan buat tuu . makan mase tuu .

Red Indians

Seberat 1.7 tan LEGO dan sebanyak 1.2 juta bricks lego , anda dapat membina sebuah patung Red Indians tetapi masalahnya mahukah anda ? ianya setinggi 13 meter !

Kapal Terbang Singapore Airlines

Oleh kerana saya hanya memperoleh gambar dan tiada fakta tepat mengenai penciptaan ini , saya mintak maaf lah ^^
kekeke

Bandar Dari Lego


Terletak berdekatan dengan SEE Science center di Manchester , New Hampshire . Binaan lego permanent terbesar dunia woots !!

Menara LEGO Terbesar Dunia

Rekod untuk menara LEGO tertinggi dunia pada mulanya dibina di Oslo dengan ketinggian 99 kaki 2 inci . Kemudian , rekos itu dipecahkan di Belanda dengan 100 kaki 1 inci , sebelum rekod tersebut dipecahkan sekali lagi di German dengan 100 kaki 10 inci . Tetapi , rekod persendirian saya hanyalah 20 cm sebelum sama ada disepak oleh adik atau sepupu atau tiupan angin kipas di rumah = =
Gambar di atas mungkin adalah yang terdapat di German .

Pusat Kanak-Kanak St. Lawrence 

Yang ini paling gila gamaknya . Pusat kanak-kanak yang dibina menggunakan LEGO ? sah gila ! tapi itulah hakikatnya . Dibina dengan 1 263 801 buah lego . didalamnya terdapat klinik bayi woots ! 
bagaimana agaknya kalau mereka bina penjara guna lego ?
= = 

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...