10 January 2011

Mari Tajamkan Minda anda

Assalamualaikum .
Nak share satu rahsia yang agak memalukan , Saya suka tidur dalam kelas .
hahaha agak malu lah kann..masa subjek-subjek penting pule tuu.
hahaha Kebanyakan cikgu tak tegur sangat saya , sebab prinsip perguruan mereka hanya satu : "kau nak belajar , kau belajar , taknak sudah , janji jangan kacau kelas aku"
Kepada para guru , betul kan ?

Well sepatutnya , bukan begitu tanggapan yang patut ada pada guru . Realise tak realise , kebanyakan para pelajar yang tidur tu , alasan mereka , boring dan mengantuk . Well , pada saya lah , para cikgu lah yang bertanggungjawab membuat suatu kelas itu menarik lantas membuat para pelajar excited untuk tunggu kelas anda bukan ?

Kepada pelajar atau mungkin bekas pelajar , saya sendiri sangat yakin , anda pasti berasa bosan dengan guru matapelajaran anda yang tak pernah senyum kan ? mesti anda pun tak semangat nak belajar kan ?
So para guru atau para bakal guru , pastikan anda senyum tiap kali bersama dengan pelajar . Sorokkan rasa stress anda . Biarkan pelajar fikir anda gile sebab kami pelajar mesti suke dan akan memberi 100% attention pada cikgu tu kan ? sebab ape ? excited nak tau betapa gile nye cikgu tu . secara tak langsung , para pelajar akan beri tumpuan kepada anda dan apa yang anda ajarkan . Kebanyakan para pelajar yang fail adalah disebabkan guru tersebut tak reti mengajar . Akhirnya , para pelajar sendiri yang akan disalahkan atas kesalahan yang sebenarnya bukan salah mereka 100% , kan ?

Secara tak langsung , anda sedang memberi tumpuan kepada apa yang saya tulis sekarang bukan ? langsung tak sedar yang sebenarnya kita dah lari dari tajuk asal , iaitu bagaimana nak tajamkan minda anda . HAHAHA ! Sebab ape anda tak sedar ?  sebab anda tak tahu ape yang akan saya tulis selepas ini , kan ?
Sebab ape ? anda excited nak tahu bukan ? SEE ! dah terbukti apa yang saya tulis di atas tadi memang berkesan . Kalau anda excited , anda akan memberi sepenuh tumpuan ^^

Berbalik kepada tajuk semula . Saya tidur didalam kelas sebab tenaga untuk minda saya terus berfungsi senang habes . nak cas balik , tidur lah ^^ hahaha ! Then , tadi saya search macamane nak beri kekuatan dan tenaga serta dapat menajamkan minda anda .
Jom semua Senyum ^^


1. Mari Berdansa ^_^
Dalam semua benda yang kita dapati dalam usia dan kebijaksanaan yang makin meningkat , buah fikiran nampaknya tak meningkat pun . Bak kata Ketua Psikiatri Biologi di Duke University's Medical School , P.Murali Doraiswamy , "anda boleh menambah sehingga 10 tahun kepada otak anda untuk memberi manfaat kepada anda jikalau anda memberi sepenuh perhatian kepadanya ."
"Menari memerlukan segalanya daripada penyelarasan dan organisasi untuk  perancangan dan penilaian." - Daniel Amen , M.D . "Menari memerlukan beberapa bahagian tubuh anda untuk bergerak secara serentak dan mengikut urutan musik ." - John Ratey, M.D . Dan itu banyak menstimulasikan mental anda . Actually kan , saya tak reti translate stimulate dalam BM . hahaha anda paham-paham sendiri lah oke ?

2. Bersenam selalu
Bersenam boleh membantu anda melahirkan sel-sel baru di Gentate-Gyrus , sebuah tempat yang terdapat pada otak yang sangat penting untuk memori anda . Ade kajian yang dibuat kepada beberapa orang yang bersenam 4 kali seminggu selama 4 bulan dan mendapati bahawa semua aktiviti membuatkan lebih banyak pengeluaran Neirons di otak . Saya mengaku , saya tak tau Neurons tu ape , tapi saya set kan mind sya bagitau yang neurons tu sangat penting !

3.Makan Telur !
Sarapan yang paling ideal adalah telur . Sedar tak ? dalam banyak-banyak cite omputih yang ade scene menunjukkan mereka mengambil sarapan , telur adalah makanan penting yang harus ada dalam pinggan mereka ? kan ? Telur mangandungi Vitamin B yang diperlukan oleh sel-sel saraf untuk membakar glukosa yang merupakan sumber tenaga utama kepada otak , antioksidan yang melindungi Neuron daripada rosak , dan asid lemak Omega-3 yang membuatkan sel saraf berfungsi dengan baik . Cuba elakkan daripada mengambil Trans-fats dan high-fructose corn syrup kerana masing-masing mengurangkan kemampuan sel otak untuk berkomunikasi dan dapat mengecilkan otak dengan merosakkan sel-sel otak .

4.Buat semua kerja anda !


Anda mesti selalu banyak kerja kan ? mesti selalu rasa ralat bila nak buat kan ?
Cuba cara ini , buat kerja anda satu persatu dengan nisbah 1jam : satu kerja . Kalau kerja tu tak habis , sambung kerja tu dalam masa yang lain . "Menukar kerja dari satu kerja kepada kerja yang lain akan melibatkan beberapa daerah pada otak anda , lantas dapat membuatkan anda mentally-alert " - Gary Small, M.D


5.Banyakkan minum jus buah-buahan


Orang yang minum tiga gelas atau lebih jus buah atau sayur setiap minggu adalah 76% lebih rendah risiko untuk diserang penyakit Alzheimer daripada mereka yang minum kurang polyphenol-antioksidan yang dijumpai didalam jus buahan dan sayuran dapat melindungi sel-sel otak daripada rosak yang mungkin disebabkan oleh penyakit tersebut . Otak anda adalah 80air, dan jika tidak di hidrasi neuron anda tidak dapat berfungsi dengan baik .


6.Masa untuk ber-Facebook ! ^_^


Tahu tak sebab apa saya selalu suruh anda senyum ? sebab senyum dan ketawa dapat menurunkan kadar stress dan kerunsingan ! percaye tak ? try sendirilah tanye buat ape ? hahaha !
Ketawa yang baik dapat menurunkan cecair-kortisol stress dan adreanalin sebanyak 39% - 70% . hahaha !
Ketawa juga baik untuk jantung . hahaha !  Ketika anda berada didalam stress , salur darah jantung anda menyempit sementara ketika anda happy , kadar penyempitan berkurang sebanyak 22% ! hahaha !


7.Sekarang , tinggalkan Facebook .


Sebuah kajian mendapati bahawa ,  lebih lama anda bersama menghadap skrin (TV , komputer etc) ketika berada di usia 49 atau 50 tahun , risiko untuk mendapat Alzheimer di hari tua adalah lebih tinggi . Bayangkan kalau tiap-tiap hari mengadap skrin masa muda ni , lagi cepat lah agaknye . Banyakkan baca buku , novel artikel etc. . Kerana ianya bagus untuk otak apabila ia melibatkan membaca dan menerima maklumat terus ke otak .


8.Berus gigi ?


Gusi berdarah boleh menandakan masalah kesihatan badan anda . Mulut yang tidak sihat akan melepaskan bakteria ke dalam aliran darah, di mana bakteria boleh melakukan perjalanan ke organ-organ dalaman kita .  Orang dengan penyakit gusi juga mempunyai fungsi mental yang lebih buruk daripada mereka yang bergusi sihat .


9. Minum Teh Hijau


Oke yang ini , anda sendiri lah fikirkan logiknya oke ? sebab semua idea ni saya cari dalam internet jugak .
Kalau anda selalu minum teh hijau , ia dapat membuatkan anda 20 peratusl ebih kebal daripada mengalami tekanan psikologi . Tapi saya mengaku , kalau minum teh , memang selalu rasa tenang , Tapi , Teh o Ais tu anda boleh pertikaikan oke ? sebab ais memang tak elok untuk kesihatan ^_^


10. Last but not least , Tidur 


Kalau hari biasa pukul 6.45 bangun dengan ayah setengah mampos gerak saya , kalau hari cuti ? paling awal mungkin 11 pagi . Jadi adakah saya mempunyai otak yang cerdas ? maybe sebab tu lah kot selalu tidur dalam kelas , sebab tak cukup tidur . Mendapatkan masa rehat secukupnya adalah kunci kepada otak yang cerdas . Otak mengumpul maklumat yang berbeza dan menyusun mereka menjadi suatu memori apabila anda tidur menyebabkan otak anda dapat mengingati sesuatu dengan lebih mudah jika anda cukup tidur . Aktiviti otak menjadi lebih signifikan jika anda tidur paling kurang 7 jam sehari .

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...