31 March 2011

korang tak cantik ? betulkah

Assalamualaikum .
Harini aku tak sekolah sebab ade celake tu nak bersara so mungkin waktu sekolah di ambik untuk persembahan sempena persaraan beliau sahaja --" . nak bersara , bersara jelah . takpayah la nak kacau org nak belajar . so hari aku bangun agak lewat . agak lewat kalau nak diambik kira waktu aku tidur semalam iaitu pukul 12 . mungkin letih kot sebab semalam main futsal . takpelah , lupekan . lepas aku bangun , aku terus bukak lappy check facebook bla bla bla then aku blogwalking .




then aku agak heran , apesal semua entry pasal kecantikan harini ? ade yang cakap pasal lips cantik lah , macamana nak jadi cantik lah and tak kurang jugak pasal nak jual produk kecantikan . so , ini menggerakkan hati aku utk tulis post baru pasal cantik jugak . tapi , aku nak tulis pasal tak cantik .

kalau korang cantik , mungkin ade antara korang yang bangga , kan ? siap menunjuk2 lagi ,bajet lah apelah . tapi macamana kalau orang yang tak cantik ? kalau korang cantik . senang lah nak dapat bf/gf yang cun-cun or hensem-hensem . tapi macamana kalau orang yang tak cantik ?

pernah terfikir ? kenapa tuhan jadikan anda hodoh ? untuk susahkan hidup korang ? untuk pastikan life journey korang sebagai orang hodoh , then takde sesape yang nak , then korang akan mati dalam keseorangan , macamtu ? kalau korang fikir macamtu , korang salah ! (dan berdosa sebab menyalahkan tuhan !) ye ! thank you 'yes man' ! (no prob)

“(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: ‘Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka” (Ali-Imran . 3:191)


dalam ayat kat atas , Allah dah kata sendiri dalam al-Quran yang setiap kejadian Allah , bukan sia-sia . anda hodoh . itu mungkin betul . tapi korang ni 100% hodoh ke ? orang yang cantik tu cantik . tapi mereka 100% cantik ke ? mane tau mereka derhaka ibu bapa ? adab sopan, yang menjadi salah satu amanah terbesar yang tak sanggup dipikul makhluk lain, mereka tak jaga ? kalau korang ni cantik dan jaga attitude dan ikut perintah-Nya , saya tabik spring kat korang ! 




pernah dengar nama Susan Boyle ? beliau actually seorang penyanyi dan salah seorang finalis Britains Got Tallent (BGT) tahun 2009 dan mempunyai rupa paras yang agak hodoh . semasa audition , ramai audience gelak kat die tapi selepas beliau mula menyanyi , ramai jugak yang menangis mendengar suara beliau . die ingin menjadi seorang penyanyi sejak kecil tapi takpernah diberikan peluang . namun , die tetap optimis dalam mencapai cita2 die dan selepas BGT , beliau menjadi sangat terkenal dan mahsyur walaupun dia agak hodoh . usaha beliau berbaloi .




Nama Paul Potts ? beliau juga salah seorng finalis BGT tetapi edisi 2007 dan juga pemenang BGT tahun itu . semasa audition , dia dilihat sebagai seorang yang tiada keyakina diri . die jugak seorang yang pendiam . tapi selepas beliau bukak mulut jer . semua terpegun .






Nama Sylvester Stallone ? mungkin ada yang kenal , pelakon dan pengarah . antara lakonannya ade kat filem Rocky , Rambo dan yang terbaru , The Expendables . tapi tahu tak kisah sebelum beliau jadi pelakon ? beliau nak jadi pelakon sejak kecil dan tiada kompromi . itu semangat dan cita2 beliau . menjadi pelakon . beliau pergi ke ujibakat untuk berlakon dan jumlah beliau di 'reject' adalah tak terkira . hanya kerana beliau sememangnya tak pandai berlakon , muka yang lumpuh , dan muka yang hodoh . yela kan , producer mane yang nak ambik orang hodoh jadi pelakon . macamane nak maju . sampai beliau mendapat ilham menulis skrip filem yang diberi nama Rocky . skrip itu juga di 'reject' banyak syarikat sehinggalah ada syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga $100 000 . dengan keadaan beliau di ketika itu yang miskin dan daif , beliau menolak tawaran tu . wait , die tolak ? ye ! die tolak . sebab beliau nak jadi pelakon , bukan penulis skrip . tawaran meningkat sehingga mencecah $400  000 tapi beliau masih menolak . kemudian company tadi setuju untuk membeli skrip Rocky dan beliau sebagai pelakon utama dengan harga hanya $25 000 . and kita semua tahu ape jadi dekat filem Rocky . filem tu memenangi anugerah Academy utk 'Best Picture' pada tahun 1976 dan Stallone sendiri menjadi salah seorang aktor termahal Hollywood ketika itu . dan bukankah beliau hodoh ?


jadi , kalau anda hodoh . tak bermakna anda tak layak hidup . Allah tak menciptakan sesuatu itu dengan sia sia . anda bukan sia sia . go on and live your life :D

5 comments:

farhah dzarif said...

nice post !

Allah knows what the best for us kan kan :)

Izzul Amir said...

true ! :D

si ngokngek said...

kalau tak cantik tak bermakna kita kena beralah dalam semua hal kan

Izzul Amir said...

gyeah ..
kita manusia semua sama , tetap hamba di mata-Nya , tetap yang paling mulia antara ciptaannya

Anonymous said...

btul tu izzul..hidop kite ni kite kne slalu bersyukur..kak dlu pom mcm tu jgk.malu sbb xlawa.marh2 kat Tuhan.ckp Tuhan xadil sbb kita xlawa..tp bila pk blk..subhanallah..agung sbnrnya ciptaan Allah..Allah tahu ape yg terbaik buat kita..=)juz sharing pngalamn kak..

p/s;knpa intro ade celake2 bagai ni???

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...