23 June 2011

saja menyibuk :P

alkisah startnyer citer ni mase kelas Hashim pagi tadi . kelas BM Hashim merangkumi 2 waktu . ataupun 1jam20 minit . pada waktu kedua , terjadilah pertembungan antara budak ntah sape takkenal masuk dengan penuh semangatnya mahu berjumpa dengan Hashim walau ditentang hebat oleh Thinis Kumar yang cuba mempertikaikan kebolehan atau ada permission untuk berjumpa dengan Hashim .

adapun kiranya terpanggillah oleh budak itu nama Izzul untuk bertandang ke sesi fotografi bagi Lembaga Ketua Kelas sesi pagi . maka dengan semangat yang penuh jitu dan kewibawaan seorang pemimpin alaf 2020 , saya pon menuju ke tempat sesi fotografi itu . maka sudah selesailah tugas seorang fotografer yang bertugas pada pagi itu .

tatkala kaki ini menuju ke kelas semula , terperanjatlah kiranya diriku apabila mendapati geng aku terpacak di lokasi fotografi yang lain , tanpa arah tuju dan , muke mintak !


ditanya mengapa kalian disini ? , adapun , sahajalah untuk diriku dan kami kami ini berada disini karena ada rasa terpanggil untuk berada disini walaupun sudah diketahui tiada apa apa tujuan pun , balas Fazri Gmz . maka dengan izin tuhan , dapatlah diri ini memahami mengapa mereka mereka disitu . untuk menyibuk didalam setiap gambar yang ditangkap mahupun diri mereka tiadalah kena mengena dengan kelab itu .

apakah gila mereka ? maka diri ini pun dengan penuh azam yang tekad di jiwa , mengambil kesempatan untuk mencuba apa yang menarik tentang kepenyibukan diri ni ? adalah seronok sebenarnya . sempatlah jua untuk diriku menyibuk di barisan hadapan untuk sesi fotografi PERSATUAN PELAJAR ISLAM . agak hensem mukaku bukan ?

tunggukan pabila tibanya saat manis mendapat majalah tahunan sekolahku .

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...