03 July 2011

7 benda yang tunggu mase je nak pupus

1. pejabat pos

bersedialah para pecinta jiwang style diluar sane , anda takkan dapat lagi hantar surat cinta korang  tu . diorang skang ni tgh dalam masalah kewangan yg sgt besar . takde lagi org beli setem . so hobi mengumpul stem tu dah expired dahh . banyak org skang pakai email je . tu pon tunggu mase je . org skang pakai chat je . jauh lagi free . nak kate hanta barang tu je boleh lah . surat nyurat takde dahh . kalau ade pon surat bill dari bank .





2. chek

ni pon tunggu mase . satu2nye mase korang akan tgk org guna chek ni kat dalam tv . nak kate kolot pon boleh jugak tv tu . banyak org skang pakai credit card and transaksi online jee . lagipun banyak duit diguna untuk just nak cetak buku chek tu je . membazir .

3. telefon
nasib baik TM dah tumpu dkt internet and broadband skang ni . lau tak , tentu dah benkrap . banyak org skang pakai online je untuk contact . sampai nak tanye 'ko kat mane' pon pakai Twitter . percaye tak ? ramai skang ni pakai chat je . mak nak tanye anak sihat ke tdk pon dkt Facebook . so ape guna telefon ?

4. Buku
katekan lah korang nak cari fakta psl sesuatu bende tu . first korang akan cari kat mane ? internet . yup . free je . tanpa had tanpa sempadan . takde dah susah2 nak keluar pegi book store , nak bayar minyak lagi . susah . kiranya buku ni boleh kata pilihan kedua masyarakat . aku pon pernah macam tu :P aku haritu nak cari pasal watak dan perwatakan kejadah suma tu untuk novel tingkatan kita lah . malas aku nak cari dah . aku google je . senang cerite . then tutup cerite

5. Magazine / majalah
masih lagi dalam bidang percetakan . magazine . kalau sebut magazine mesti korang terpikior pasal atris kan ? sebab banyak mag ni pasal artis je . dah takde dah nk buat pasal  ayam ke , kambing ke ssume . tapi skang ni ade lagi ke org cari kat mag ni ? first kalau nak tau pasal artis , laman web ohbulan.com menjadi pilihan utama . online je skang ni beb . masih lagi free

6. Surat khabar
masih lagi dalam bidang percetakan . aku pon tak tau nak kate ape . maybe bidang ni taklame lagi gulung tikar kott . berita semasa , korang akan cari kat mane ? yup . aku akn cari kat mstar online , BBC , yahoo news . google paling kurang pon BH online . senang dan free . habis cite

7. Privacy 


paling utama anda akan hilang , privacy . kalau dekat barat . bende macam google street . cctv merate . hacker internet bertambah setiap hari . camera fon korang pon die boleh tgk . nombor account bank pon senang je nak dapat . penipu merata . boleh ke kita ade privacy lagi skang ni  ?
cube mikior kan

alhamdulillah dkt Malaysia bende2 ni masih wujud . persoalannyer smpai bile ?

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...