23 July 2011

Rooney ingin meniru Messi


Ketika musim baru akan dimulakan dalam tempoh tiga minggu lagi, Rooney kelihatan lebih kurus, memiliki sentuhan tajam dan cergas daripada biasa sebelum jelajah membabitkan lima perlawanan di AS.

Rooney tidak segan-segan menjelaskan dia mahu mening�katkan tahap permainannya ke satu tahap musim ini, malah menjadikan superstar Barcelona, Messi sebagai penanda aras.

“Messi seorang pemain yang hebat dan memang berhak dipilih Pemain Terbaik Dunia,” kata Rooney. “Saya fikir bukan saya saja, tapi bagi setiap pemain bola sepak di luar sana, itulah sasaran yang anda mahukan dan harapnya saya boleh melakukannya.

“Saya sedar saya boleh me�ningkat, jadi saya terus bekerja keras dan berlatih. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran peribadi, tapi adalah lebih baik sekiranya saya boleh melalui musim ini bebas daripada sebarang kecederaan.”

Permulaan penuh ranjau Rooney musim lalu tidak dibantu dengan kempen pramusim yang tidak dapat dihadirinya, namun dia mengakui kini mendapat manfaat berikutan pembabitan pada sesi persiapan tahun ini di AS.

Pemain United berdepan sesi latihan berganda termasuk sesi meningkatkan tahap kecergasan dan mereka menuju ke Chicago dengan suhu mencecah 38 Selsius yang mungkin membebankan fizikal Rooney dan rakan sepasukannya.

Namun penyerang England itu menegaskan kerja keras di AS kali ini pasti berbaloi bagi menghadapi musim baru.

“Memang sesuatu yang bagus untuk menjalani latihan pada sesi pramusim kerana ia usaha paling keras yang anda perlu tempuhi,” kata Rooney.

“Kami berlatih bersungguh-sungguh minggu ini dan kami tidak sabar berdepan semua perlawanan.”

Kempen baru akan menampilkan dua cabaran buat United. Pertamanya, untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan keduanya untuk cuba merapatkan jurang dengan Barcelona, yang mengungguli United bagi dua final Liga Juara-Juara dalam tiga musim terakhir.







Sumber


p/s : saya minat Messi









thanks sudi bace blog izzul :)

3 comments:

Ain Atika Zailani said...

huhu..bola bola...kita suka tengok bola tapi tau kutuk je mana mana yang tak goal..hehe..jahat.

KimiCnoL said...

ps:gua minat man utd..haha ;D

petua kuruskan badan??

Izzul Amir said...

@KimiCnoL booo ! MU . hahah joke :D

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...