28 December 2011

Kami pergi konsert Maher Zain haritu :D

Assalamualaikum

Sempena Tahun Melawat Perak tondepan, Kerajaan Negeri Perak telah belanja rakyat perak (mungkin satu dunia) sebuah konsert berwatak utamakan MAHER ZAIN . no saya tak tipu. penggunaan istilah belanja tadi sebab konsert tu percuma ! :O konsert tu dihoskan pengacara terulung negara Datuk AC Mizal ! :O

konsert sabtu lepas, 24/12/2011 . Ramai jugak yang datang, dekat 50k . aku kata mungkin sedunia tadi sebab ada yang datang dari Perlis dan ada dari Mesir dan negeri arab lain dan saya tak tipu. betul.

aku tak pegang camera malam tu sebab nak enjoy (sikit je) so maaf kalau gambar senget ke blur ke apa. aku duduk depan belah kiri. nampak jelas mereka . Maher Zain agak besar. biasalah org barat kan.

org ramai mcm ni:




oh sebelum mula, persembahan pembukaan dipersembahkan oleh penyanyi all time feberet aku iaitu Ramli Sarip ! suara sungguh natural, serak2 feymes dia tu memang meremangkan bulu aku. bulu apa jangan tanya. terharu aku akhirnya dapat jugak aku tengok dia perform live :') alhamdulillah. impian seumur hidup tu.




then, persembahan dari Irfan Makki ! :O kakak aku terkejut sebab tak sangka sangka beliau akan turun ipoh jugak. aku pon terkejut jugak. kami semua terkejut even ramai yang tak kenal dia lagi tetap dapat sambutan dia ni.


Then barulah Maher Zain keluar !







Time ni (gambar bawah) lagu Freedom. nak tahu ? aku hampir lupa dia ada lagu ni. sampai aku tetiba teriingat, rupanya akak aku pon terlupa. tetiba ramai orang mesir tu sorak nakkan lagu ni, dia nyanyi lagu lain dulu then baru lagu Freedom terpegun aku ~_~


Then jadi satu benda yang agak mengejutkan, tetiba dia cakap: "okay thats all thankyou assalamualaikum" *dia lari turun stage* aku macam ni :O je. wey takkan camtu je, atleast cakap lah lagi, sambil lari plak tu ? macam tak hormat kita je ? 

rupa rupanya tu gimik je. dia turun stage utk tukar outfit dia. tahu derss up apa dia pakai ? tadaa ~



yes ! Baju Melayu siap bersampin dan songkok !! hensem gila. nasib baik Irfan Makki tak pakai macam ni malam ni. kalau tak tergugat kedudukan dan perasaan kami kaum lelaki kat situ malam tu .




time tu dia bagi kami pilihan nak dia nyanyikan lagu Insya Allah or For The Rest Of My Life . oh sebelum dia lari tu dia dah nyanyi dah lagu ni tapi versi Bahasa Melayu punya. orang ramai kata nak lagu For The Rest Of My Life. dia pun nyanyi lagu tu then konsert tu habis. what an experience :'D

so ini jelah yang aku dapat kongsikan malam ni. thankyou sangat sangat sebab sudi singgah blog ni lagi. sekian  terima kasih banyak banyak pembaca setia blog "Izzul Amir" jasamu dikenang :')

thats all, Assalamualaikum



























thanks sudi bace blog izzul ^_^

8 comments:

Nalisa Syahira said...

huyyo , pakai bju melayu .

Nur Ezzati said...

untunglh dpt pegi , kte yg duk ipoh pun x dpt pegi :(

fyna said...

bestnya boleh tengok dia life2!

Munirah Shamsudin said...

wahhh, untung tu. untung. lagi sekali, untungg. k fine. kbye.

Cik Bhulat said...

kacaknya beliau berbaju melayu

Afiqa Dayana said...

untung lah ~ hehe hensem maher zain :)

Namee Roslan said...

maher zain pkai baju melayu..comel nya !! :D best lah awak pergi. sy tak gi pun.

Izzul Amir said...

@Afiqa Dayana hehe memang hensem :)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...