27 December 2011

salah satu iklan di radio yang aku tak suka

Assalamualaikum



aku tak ingat radio mana yang buat iklan ni tapi rasenyer HotFM kot . aku taknak aibkan sesiapa. Wallahualam. iklan pasal berjiran. korang tau ?

dialog dia lebih kurang macam ni :

jiran: hye nama saya (takingat). saya jiran baru awak kat sini, awk baru pindah yer, nama awak sape ?
jiran baru: ishh sebok je, (bagitau nama) . dah dah dah, jgn nak sebok !
jiran: huh, sombong betol, kalau kau susah nanti, jgn harap aku nak tolong .

ingat ? tau ? kalau tak nanti bukak radio cuba search. radio kat Msia ni tepat pukul 6 petang semua stesen mesti tgh iklan. tak ada satu pun radio yang mainkan lagu apapun pd pukul 6 ptg. percayalah gua. klo x, nanti youolls test.

iklan ni jelas die memanglah nak bagitau yang kita tak boleh nak menyombong dgn jiran, org tak suka, tu memang aku mengaku lah kan. lain kalau anak dara ok ? tapi yang aku lagi tak suka pasal iklan ni is bila jiran tu cakap jangan harap aku nak tolong tu. patut ke kita buat macam die ? satu contoh yang sangat tak elok utk diikuti masyarakat. aku harap rakyat Msia takde yg macam die. memang lah jiran baru tu salah, tapi ape salah kita maafkan dia dan ajarkan dia apa yang patut ?

jiran baru tu sombong, memang lah, tapi kau patut ke balas dendam ? patut ke ? bagus ke ?

Nabi (S.A.W) dulu, jiran dia buang taik dpn rumah dia, buang sampah, letak duri, macam2 lagi lah. tapi ape yang baginda buat balik kat jiran dia ? jiran yg buang taik tu sakit, baginda datang rumah dia hantar makanan lagi. tak pernah nak fikir utk balas dendam pun.

kita patut ikut moral dari radio ke ikut sifat Mahmudah Rasulullah nabi kita ?


bagi yang non-Muslim, aku rase korang boleh fikir sendiri kot, patut ke kita buat macam ni. rakyat Malaysia ada sifat pendendam ke ? mana attitude yang kita sepatutnya ada ? mana sifat pemaaf kita ?

"korang boleh fikir sendiri kot"

Assalamualaikum.









thanks sudi bace blog izzul ^_^

6 comments:

♥ zatieebayim ♥ said...

Sy suka entry ni. Setuju sgt dgn apa yg awk tulis.

nnti pukul 6 ptg kang sy pergi buka radio ye. hehe..

Afiqa Dayana said...

waahh, slalu dgr radio ke syg ? hihi
mestilah ikut sifat Rasulullah ;) hehehe

Izzul Amir said...

@Afiqa Dayana hehe bgs :) i kn sllu dlm keta sbb tu la dgr :)

zOeY zAu YaH said...

ha'ah kan?

Mizfantagiro said...

nanti nk try dgr radio kul 6..HIHI .

Namee Roslan said...

ada ke manusia macam tu ? kita nak beramah pun dia jawab gitu..ish..kasar betul. nnti dia ssh takde org tolong baru tahu.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...