30 June 2012

Takziah

Assalamualaikum.

dalam post aku yg lepas aku ada cakap pasal cousin aku yang sedang tenat di hospital.

dukacita dimaklumkan beliau, Roslina bt Salleh, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 11 pagi khamis lepas, 28/6/2012.

arwah meninggalkan seorang suami dan 4 orang anak (paling tua mungkin darjah 4 dan paling muda baru berusia 1 tahun) :(

setakat yang aku tahu dia menjalani pembedahan kerana terdapat tumor didalam otak. Jumaat lepas.

aku dan family sempat melawat dia ahad lepas. masa tu keadaan dia masih tak sedarkan diri. setakat yang aku tau doctor kata dia mengidap tumor atau barah tahap 4.

Jenazah selamat dikebumikan selepas Asar hari yang sama.

semoga tenanglah dia di sana dan tabahlah kita terutama kaum keluarga di sini. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sayang dia lebih.

Al - Fatihah.









thanks sudi bace blog izzul ^_^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...