13 September 2012

Pandangan mata yang memudaratkan. (hadis sahih)

Assalamualaikum

siapa tahu pasal 'Ain ? memanglah ain tu dalam bahasa arab dan melayunya bermaksud mata. tapi tak ramai yang tahu pasal 'Ain yg banyak disebut Nabi SAW dalam hadis hadis sahih beliau. 'Ain yg disebut Nabi bermaksud pandangan mata yang tajam.

ape dia pandangan mata ni ? dengarnya memang agak pelik dan janggal pasal macam mana just pandangan mata seseorang boleh bawa mudarat yang sangat besar pada seseorang. benda ni sangat penting utk diketahui sebenarnya.

sebagai hamba Allah yang beriman dengan setiap kekuasaanNya terhadap perkara zahir dan ghaib, kita wajib memmpercayainya kerana benda ini wujud.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya pandangan mata itu adalah benar." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad]

this is how 'Ain works. bila kita nampak seseorang yang punya tubuh badan yang boleh buat kita rasa kagum/dengki yang teramat. tuan badan yang cantik tadi (mangsa), akan mendapat mudarat yang teruk bergantung kepada apa yang diinginkan orang yang tengok tu.

Nabi SAW bersabda lagi: "Pandangan mata itu adalah benar, jika ada satu perkara yang boleh mendahului qadar, maka ‘ainlah yang boleh mendahuluinya kerana itu apabila kamu disuruh mencuci mata maka cucilah!

Dalam satu hadis juga ada menceritakan kisah seorang Sahabat yang bernama Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu seorang Sahabat yang lain yang bernama ‘Aamir bin Rabi’ah berjalan melewatinya yang sedang mandi. Apabila ‘Aamir ternampak kulit Sahl yang putih dan cantik itu, beliau terus berkata dengan penuh kagum : “Demi Allah, aku tidak pernah melihat (sesuatu) seperti yang aku nampak hari ini hatta tidak seperti kulit hamba perempuan!”. Lalu Sahl terus jatuh pengsan. Maka Nabi SAW datang kepada ‘Aamir dan dengan marah Baginda SAW berkata : “Untuk apa kamu hendak membunuh saudaramu? Apakah kamu tidak mendoakan keberkatan baginya? Mandilah untuk dia!”. Diriwayatkan oleh al-Imam Malik.

jadi dari beberapa hadis ni maka memang benarlah tentang wujudnya 'kuasa hitam' pandangan mata benci terhadap seseorang. perkara ini sangat tidak disukai Nabi. lihat sahaja bagaimana Nabi memarahi 'Aamir. jadi sekarang anda sudah tahu, ikutlah ajaran agamamu yang benar. kompem selamat dunia akhirat.








reference
reference








thanks sudi bace blog izzul ^_^

4 comments:

kocix! said...

tuan badan akan mendapat mudarat? benarkah?

i see...thanks for the info

Anonymous said...

Assalam.. Maaf nak bertanya, Nabi Muhammad SAW pernah marahkah? Kadang2 ada hadith yg tak diikhtiraf.. Mcm tak sesuai.. Lagi satu, cerita semua ni tak berapa jelas.. Kalau admin faham, blh terangkan sikit ttg apa yg cuba admin sampai kan.. Thanks..

Izzul Amir said...

Nabi SAW pernah marah. dalam hadith hadith pun ada bagitahu yang nabi pernah marah. tapi semua orang tahu Nabi TAK PERNAH tinggikan suara beliau. baginda cuma bercakap dalam nada yang tegas bila baginda marah.

hadith2 yang saya utarakan di atas disytiharkan sahih tapi tak famous sebab susah nak tterangkan dan Malaysian pon mungkin susah nak percaya.

apa yang cuba saya sampaikan adalah dengan hanya tenungan mata dekata anggota badan seseorang tu dengan ada rasa 'kagum' dengan keindahannya, boleh bawa mudarat dekat seseorang itu. lebih tepat lagi dekat bhg yang kita tenung tu. harap membantu :)

Anonymous said...

owhhh..ain..ilmu..ni ad dlm..hdis...dmne...org yg ad ilmu ain ni..jika...di tenung pada...haiwan...haiwan tu boleh mati..dn ksah tu ad diceritakn dlm..hdis....dn amaln ilmu ain ni sgt laa..buruk...wallah hu alam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...