26 November 2012

membenci seorang ustaz adalah kemuncak kebodohan kau

Assalamualaikum

post ini aku tulis lepas saksikan ada segelintir orang yang anti (benci) dengan para ustaz ustaz yang berilmu kat negara kita contoh macam Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Aqill Hayy, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Dr. Haron Din, Ustaz Hadi Awang dan ramai lagi lah. pelik betul aku tengok budak muda zaman sekarang. fragile sangat. apa yang orang barat sajikan, dia ambik, dia terima, dia buat cara hidup dia. halal haram syurga neraka dah tak ambik kira dah. ini bukti betapa lemahnya kita sekarang. senang terpengaruh.

bila tanya kenapa benci ustaz ? jawab dia: 'tak tahu, yang aku tau aku tak suka dia' 'kau tak tau sapa ustaz tu dulu. dulu dia tu teruk tau ?' 'ustaz tu bukan bagus sangat, kau nampak je dia macam tu, belakang belakang, dia teruk' 'buat ape aku nak dengar ustaz tu cakap. baik aku layan Slipknot'

nampak tak macam mana lemahnya iman kita, bodohnya otak kita dan ego dan kerasnya hati kita?

lemahnya iman kita sebab benarkan apa yang disaji oleh barat dan agenda Freemason masuk ke dalam diri kita dan kita pun berpegang teguh dengan ajaran diorang tu. bodohnya otak kita sebab tak dapat bezakan mana baik buruk. tolak yang baik, ambik yang buruk. kita dah nilai dan nampak benda buruk ni sebagai sesuatu yang best. sebab ? agenda barat yang tak putus asa menjajah minda kita dengan menyajikan benda benda negatif dan menampakkan ia sebagai sesuatu yang seronok. betapa egonya kita sebab bila dah nampak dan tahu mana baik buruk tetap taknak berubah kepada yang lebih baik.

negatifnya minda kita tapi kita nampak dia sebagai sesuatu yang positif.

aku kisah apa pasal siapa ustaz tu dulu.
ramai yang dah tahu siapa Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Aqill Hayy yang dulu. sorang yang selalu main band dan masing masing ada band sendiri. hidup dengan orang orang underground dan berkawan dengan ketua Punk macam macam lagi lah. dan kalau kau benci dia sebab siapa dia yang dulu, kau memang bodoh dan bangang, buta hati dan lemah iman. sebabnya kau tak boleh membenci seseorang tu sebab dia yang dulu. itu tak adil dan Islam tak ajar tu. bentuk pemikiran tu hanya terdapat pada orang Malaysia yang tipikal je. bukan semua orang macam tu. tapi kalau ada, itu tipikal. 

Nabi SAW pun, dilantik jadi nabi masa umur 40 tahun. maknanya kau bolehlah untuk tak percaya dan tak ikut Nabi kau ? sebab 40 tahun sebelum tu dia bukan nabi dan dia jadi nabi 20 tahun je. bolehlah kau terus nak benci Nabi kau ? aku cuba nak fahamkan tentang konsep pemikiran korang skrg ni. aku bagi contoh Nabi sebab simboliknya sama. memanglah ustaz bukan nabi. tapi nabi dan ustaz buat benda yang sama iaitu sebarkan dakwah Islam. kau dah benci orang (ustaz) yang bertaubat

memang betul cara penyampaian dakwah setiap orang berbeza. Nabi berdakwah dengan lemah lembut dan beliau sendiri menunjukkan sikap yang baik. gaya penyampaian UAI memang agak keras. sesetengah orang benci dia sebab 'terasa pedas dek makan cili' sebab apa yang diucapkan UAI. tapi kalau itu cara yang paling bagus untuk sampaikan ilmu kepada orang, kenapa tidak ? tujuan dakwah adalah untuk menyampaikan ilmu dan memaham kan orang tentang hukum hakam agama. kalau tak betul caranya , sia sia dakwah tu. (pahala masih tetap diberi oleh Allah) ingat: antara pahala yang akan berjalan walau selepas kita mati adalah ilmu kita yang dimanfaatkan oleh sesiapa yang kita ajar. kita ada hak untuk tak suka gaya penyampaian seseorang tu. tapi kita takda hak untuk membenci dia sebab siapa dia dan sebab ilmu atau dakwah yang dia sampaikan. ilmu tu milik Allah dan dakwah kerja semua orang.

fahaman politik
jelas terpampang kebanyakan ustaz kat Msia dari parti PAS . mungkin sebab korang parti BN jadi korang anti dengan ustaz ustaz ni lah kan ? tambah pula dengan fitnah yang ditabur pemimpin BN sebab takut penyokong PKR akan bertambah.tak adil untuk kau terus benci dekat seseorang tu sebab fitnah orang lain. buat macam Umar Al Khattab buat. dengar dari kedua belah pihak dan nilailah sendiri. UAI adalah penyokong PAS walaupun beliau tak menyandang apa apa jawatan dalam PAS dan bukanlah ahli rasmi pon, mana mana orang yang berilmu pasal agama Islam, hatinya automatik akan tertarik dengan PAS. ingin aku tegaskan kat sini yang aku bukan penyokong mana mana parti (aku tak amik port sangat pasal politik) dan entry ini aku tulis untuk berkongsi pendapat tentang mana yang betul mana yang salah. kalau aku pun dapat nampak apa yang betul apa yang salah baik buruk. takkan korang tak nampak ? ego ?

ada yang cakap Islam itu kolot dan mundur. ingat. Iman adalah: mengakui dengan hati, mengucapkan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan. kalau hati korang rasa orang yang menyampaikan dakwah tu kolot ataupun islam itu sendiri kolot, risau risau iman korang akan terbatal . kalau tak suka dgn salah satu hukum Allah, risau kau tergolong dalam golongan kafir nanti. orang kafir takkan masuk syurga. ada yang rasa Islam tu kolot sebab dia tengok keadaan negeri Kelantan (yang diterajui PAS) yang agak mundur. ini kerana pemerintahan PAS adalah berteraskan Islam yang menjaga kebajikan rakyat. dekat Kelantan aku tak pernah nampak rumah flat. (kalau ada tak tahu lah) dan cukai dan harga barang keperluan kat sana murah. sebab pemimpin jaga kebajikan rakyat. sama macam apa Nabi buat. jangan salah anggap aku penyokong PKR PAS mahupun UMNO atau BN . aku tak ambik port pasal politik sangat. aku tak sokong mana mana parti. mungkin nampak macam berat sebelah (macam menyokong pas). macam aku bagitahu tadi. bersikap adil. 'dengar' dari kedua belah pihak dan nilailah sendiri.


"Ulama itu jaminan Allah SWT. Siapa yang mengganggu mereka, akan di tuntut oleh Allah SWT." (Muslim)


"Jangan meremehkan ulama atau orang soleh. Siapa yang neremehkan orang soleh, maka lenyaplah (keutamaan) akhiratnya." (Sofyan bin Uyainah. RA)


"Jangan sekali-kali membenci ulama soleh. Barang siapa memusuhinya, Allah SWT menyatakan perang dengannya." (Bukhari)








reference




thanks sudi bace blog izzul ^_^

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...